CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Semoga U All Baca Entry Ni..=)

Hello semua..Hari ni dah hari terakhir on 2010..Sepanjang tahun ni, terlalu banyak pahit dan manis Aimi dalam AimiCraft ni..Apa yang berlaku Aimi jadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada masa-masa yang akan datang..Em..Ok lah..Untuk entry kali ni, Aimi nak share sikit pengalaman Aimi sepanjang penubuhan blogshop AimiCraft ni..Hehe..U all nak tau tak..??Malu nya kalau tulis tapi tak da orang baca..Hehe..
.
Ok..Sepanjang tahun ni, alhamdulillah, blogshop ni semakin lama semakin dikenali ramai..Ceh..Perasan kan Aimi ni..Gurau je..Maksud Aimi, alhamdulillah, walaupun tak ramai yang tau mengenai AimiCraft ni, tapi ada lah jugak yang tau kan..Insya allah, untuk tahun yang akan datang, harapan Aimi semoga lebih ramai lagi yang akan mengenali AimiCraft ni..Bukan kerana keburukannya, malahan kepada kelebihan kami..Insya allah..
.
Seterusnya, Aimi juga nak minta maaf kepada semua customer, supplier yang berurusan dengan Aimi sekiranya Aimi ada membuat sebarang kesilapan..Kot kot kalau ada terlebih jahit ke, terkurang jahit ke, terlebih kos ke, terkurang kos ke, Aimi harap U all dapat maafkan dan menghalalkan nya ya..Haa dah macam raya pulak..Tak kisah lah kan..Nak minta maaf tak semestinya nak kena tunggu Raya kan..
.
Lagi..Aimi juga nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua customer dan supplier yang berurusan dengan Aimi..Terutamanya kepada customer Aimi lah kerana tanpa anda semua, AimiCraft tak kan bertahan sehingga sekarang..Haa..Macam gaya-gaya artis gitu kan..Hehe..Ok Aimi serius ni..Tanpan sokongan dan tempahan serta idea kreatif dan kepercayaan dari anda semua, tak mungkin AimiCraft dapat bertahan sehingga kini..Alahmdulillah..
.
Haa..Untuk 2011 yang akan menjelma esok, Aimi ada beberapa harapan..Sangat berharap semoga ianya akan tercapai..
♥ AimiCraft nak mendaftar perniagaan dengan SSM..Perkara ni dah lama nak dilakukan, tetapi asyik tersangkut je sebab kekangan keadaan..Sebab di Batu Pahat ni, tak ada SSM..Kalau ada pun di Muar..Jadi sometimes, Aimi sangat tak berkesempatan untuk ke sana..
♥ Aimi nak ada mesin jahit sendiri..Haa..Kalau dah ada, Aimi nak buat plushie pulak..Insya allah..
♥ Aimi berharap supaya AimiCraft akan lebih maju pada masa akan datang..
.
Haa..Ok itu saja entry untuk kali ni..Semoga anda semua tak putus memberi petunjuk dan panduan kepada kami..Sesungguhnya, masih banyak lagi yang perlu kami perbaiki dan pelajari..AimiCraft love u all..♥♥

3 comments:

  1. goodlux aimicraft...sy salu blogwalking here..i think its quite gud and all de best in the future...happy new year!!!

    ReplyDelete
  2. to diachewa : oh ye ke..heheh..terharu Aimi..tq very much dear..=)

    ReplyDelete
  3. to aimi...kat batu pahat ader SSM la dear...kat bangunan tan swee hoe tak silap tingkat 8 ker 13 cmtuh la...ader 1st and 3rd week...leh register company time tuh...:)

    ReplyDelete

Aimicraft